Table Mountain
Table Mountain

Table Mountain

Table Mountain ("Gunung Meja", Templat:Lang-naq; Bahasa Afrikaans: Tafelberg) ialah sebuah gunung berpenara rata menghadap kota Cape Town di Afrika Selatan. Ia terletak di hujung utara banjaran batu pasir yang membentuk tulang belakang Semenanjung Cape yang berakhir kira-kira 50 kilometer (30 bt) ke selatan di Tanjung Harapan dan Cape Point.Ia merupakan tidak sahaja mercu tanda utama di kota tersebut malah merupakan tarikan pelancong signifikan dengan banyak pengunjung mengunjungi puncak gunung baik berkereta kabel atau mendaki ke puncak.[2] Ia turut merupakan sebahagian daripada suatu cagar alam yang menempatkan sebilangan besar fauna dan flora endemik.[3]